Muqaddimah
- Bahagian ini amat penting dipelajari agar terbentuknya sahsiah Muslim yang memahami ibadah dengan benar dan sanggup mengamalkannnya didalam kehidupan ini.
- Ini kerana hidup ini hanyalah BERNILAI, apabila dipenuhi dengan amal ibadah kepada Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT menciptakan jin dan manusia tidak ada tujuan lain melainkan hanya untuk beribadah kepada Nya sahaja dan hanya beribadah itu sahajalah jalan yang dapat menyelamatkan jin dan manusia di dunia dan di akhirat nanti. (Az Azzariyat 51: 56)
- Itulah sebabnya Allah selalu memerintahkan dan menggalakkan manusia khususnya orang yang beriman agar memenuhi hidupnya untuk beribadah kepada Allah sahaja. (Al Baqarah 2:21; Al Bayyinah 98:5)
- Khususnya kepada orang-orang yang beriman, Allah telah memberikan panduan, agar pada setiap solat (sewaktu membaca doa iftitah) mereka mengucapkan secara tegas suatu pernyataan, bahawa hanya kepada Allah sahaja kita beribadah: Sesungguhnya solat ku, ibadah ku, hidup dan mati ku adalah untuk Allah Rabb sekalian alam. (Hadis Riwayat Muslim)
- Setiap Rasul yang diutus kepada setiap umat, antara inti dakwah dan seruannya ialah agar umatnya beribadah kepada Allah dan menjauhi Toghut (seseorang yang melampui batas). (An Nahl 16:36)
- Dan demikianlah
pentingnya pengertian beribadah kepada Allah dalam kehidupan di dunia ini.
Maka sudah seharusnya kita sebagai manusia yang beriman mencurahkan segala
perhatian kita untuk memahami erti dan hakikat ibadah ini sehingga dapat
memahaminya dengan benar-benar, dan selanjutnya dapat kita amalkan.
- Ini kerana
sememangnya kita hidup di dunia ini tidak lain hanyalah untuk beribadah
kepada Allah sahaja.
- Walaubagaimanapun kita harus menerima satu kenyataan bahawa kebanyakan umat Islam keliru dan salah faham tentang hakikat ibadah. Kebanyakan mereka menyangka bahawa ibadah itu hanyalah berupa amalan-amalan
penyembahan
kepada Allah sahaja, seperti solat, puasa, haji, zikir, zakat, membaca Al
Quran, qorban, aqiqah dan pelbagai lagi ibadah biasa berbentuk ritual
semata-mata. Sedangkan itu sebenarnya hanyalah sebahagian daripada tuntutan
ibadah kepada Allah.
- Kepada mereka
ibadah itu hanyalah di masjid, ketika ijab dan qabul (pernikahan), sewaktu
kematian dan ketika berdoa.
- Ada dikalangan
umat Islam juga menganggap dan mengatakan bahawa Islam hanya
bersangkut-paut dengan hubungan manusia dengan Allah sahaja dan tidak
mengatur hubungan manusia dengan manusia (muamalat) dan hubungan manusia
dengan alam. Pada mereka ibadah itu hanya di masjid dan hanya di masjid
sahaja.
- Pada mereka
menjadi sesuatu yang aneh sekiranya kita mengatakan pada mereka bahawa
ibadah itu juga berlaku di rumah, pejabat, kelas, universiti, pasar-pasar
malam, kedai serbanika, kedai-kedai makan, parlimen, medan peperangan,
mahkamah dan di mana-mana sahaja tempat-tempat lain selain masjid.
- Mereka juga merasa
aneh jika mereka diajak untuk beribadah kepada Allah dalam soal
pentadbiran negara, ekonomi, pendidikan, ketenteraan, sosial, perlembagaan
dan perundangan negara, hubungan luar, kebudayaan, sukan, undang-undang
jenayah, perlancongan dan teknologi.
- Mereka juga berasa aneh sekiranya seorang pemimpin negara membaca khutbah jumaat dan mereka juga merasa aneh jika seseorang mengatakan kepada mereka tidak ada sekularisme di dalam Islam. (pemisahan antara segala aspek muamalat dengan Syareat Islam)
- Pada mereka urusan negara mesti dipegang oleh pemimpin yang dipilih melalui pilihanraya dan pemimpin itu bukanlah seseorang yang memiliki Ilmu Dien, memperjuangkan Dienul Islam, berjanggut dan berjubah manakala urusan Islam pula diberikan kepada Imam dan juga mufti. (itupun hanya dalam persoalan ibadah mahdah/ khusus sahaja)
- Padahal ibadah itu hakikatnya meliputi seluruh kehidupan manusia:
. (Az Azzariyat 51: 56;
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia
melainkan supaya mereka menyembah-Ku.
Al An'am 6:162-163;
Katakanlah: "Sesungguhnya shalat, ibadah,
hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam,
Al Bayyinah 98:5)
Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya
menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama
dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan
yang demikian itulah agama yang lurus.
Sesungguhnya solat ku, ibadah ku, hidup dan
mati ku adalah untuk Allah Rabb sekalian alam. (Hadis Riwayat Muslim)
- Terdapat juga satu
golongan lain yang terlalu berlebih-lebihan dalam perlaksanaan ibadah.
Mereka menganggap perkara sunat sebagai wajib dan perkara-perkara yang
mubah (harus) dianggap haram. Mereka cepat mengkafirkan golongan lain dan
cepat pula menghukum haram dan bida’ah nya sesuatu perbuatan.
- Mereka ini dalam
beribadah (terutama sekali ibadah-ibadah mahdah/ khusus) tidak berpandukan
wahyu Allah dan petunjuk Rasul Nya dan mencipta ibadah-ibadah baru
kononnya dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Sesiapa yang mengerjakan sesuatu amalan yang bukan
daripada kami, maka amalan itu tertolak. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
- Mereka pernah
wujud pada zaman Nabi saw. Mereka ingin berpuasa sepanjang masa tanpa
berbuka, solat sepanjang malam tanpa tidur seketikapun dan tidak mau
berkahwin dengan wanita.
- Lalu Rasulullah
saw mencegah sahabatnya itu supaya tidak terlalu berlebih-lebihan dengan
sabdanya yang mulia:
Maka akupun berpuasa dan akupun berbuka, aku solat
namun aku juga beristirahat, dan aku juga menikahi wanita-wanita. Maka
barangsiapa yang tidak suka dengan sunnah ku, ia bukan dari golongan ku. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
- Dalam pengajian yang singkat ini dengan izin Allah SWT, kita berusaha untuk memahami makna dan hakikat ibadah, sehingga kita dapat mengamalkan dengan berdasarkan pemahaman yang benar dan sempurna dalam batas yang dapat kita jangkau. Semoga dengan demikian selamatlah hidup kita di dunia dan di akhirat amin.
pengertian
ibadah
- Makna Ibadah Menurut Bahasa
a. Ibadah berasal dari perkataan bahasa arab yang berarti
ketaatan, penghambaan, dan penyembahan/ pengagungan.
b. Penggunaan perkataan Ibadah di Dalam
Al Quran:
i.
Ibadah yang bermakna
ketaatan. (Yaasin 36:60;
Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak
menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi
kamu",
At Taubah 9:31)
Mereka menjadikan orang-orang alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan
selain Allah, dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih putra Maryam; padahal
mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan (yang
berhak disembah) selain Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
Menurut riwayat Tirmizi dan Ibnu Jarir: Dari
Adi bin Hatim ra: Bahawasanya Adi bin Hatim. yang pada masa itu memakai kalung
salib daripada emas (pada masa itu beliau masih beragama nasrani/ kristian),
Nabi saw membacakan ayat ini (At Taubah 9:31). Adi berkata: Mereka tidak
beribadah kepada orang-orang alim dan rahib-rahib mereka. Maka Rasulullah saw
bersabda: Benar (mereka tidak beribadah dalam arti menyembah), tetapi sesungguhnya
mereka (orang-orang alim dan pendeta-pendeta) itu mengharamkan atas pengikutnya
apa-apa yang halal (dihalalkan Allah di dalam Injil) dan menghalalkan bagi
mereka apa-apa yang haram (diharamkan Allah di dalam Injil). Kemudian para
pengikut itu mentaati mereka, maka itulah Peribadatan mereka (para pengikut)
kepada orang-orang alim dan pendetanya.
ii.
Ibadah yang bermakna penghambaan dan ketaatan. (Al
Baqarah 2:172;
Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara
rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah,
jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah.
Asy
Syua'ara 26:22;
Budi yang kamu limpahkan kepadaku itu adalah
(disebabkan) kamu telah memperbudak Bani Israel".
Al Mu'minun 23:45-47)
Kemudian Kami utus Musa dan saudaranya
Harun dengan membawa tanda-tanda (kebesaran) Kami, dan bukti yang nyata,
kepada Fir'aun dan pembesar-pembesar
kaumnya, maka mereka ini takabur dan mereka adalah orang-orang yang sombong.
Dan mereka berkata: "Apakah (patut)
kita percaya kepada dua orang manusia seperti kita (juga), padahal kaum mereka
(Bani Israel) adalah orang-orang yang menghambakan diri kepada kita?"
iii.
Ibadah yang bermakna
pemujaan/ penyembahan. (Al Mu'min 40:66; Al Ahqaf 46:5-6)
iv.
Ibadah yang bermakna
penghambaan, kekuatan dan penyembahan. (Thoha 20:14; Al An'am 6:102; Yusuf
12:40; Al Kahfi 18:110)
c.
Membataskan makna Ibadah
dengan hanya Taalluh (penyembahan) sahaja atau hanya Al Ita'ah
(ketaatan) sahaja atau hanya Al Ubudiyyah (penghambaan) sahaja
adalah tidak dibenarkan.
d. Ini kerana perkataan ibadah dalam
ayat-ayat tersebut mengandungi tiga makna sekaligus yaitu penyembahan, ketaatan
dan penghambaan. Dan telah jelas bahawa seruan dalam Al Quran itu adalah agar
penghambaan, ketaatan dan penyembahan/ pemujaan di tunjukkan hanya kepada Allah
sahaja. Demikianlah makna Ibadah menurut bahasa berdasarkan kajian Abul A'la Al
Maududi.
- Makna Ibadah Menurut Istilah
a.
Ibnu Taimiyyah menyatakan bahawa: Ibadah ialah nama
yang menggabungkan setiap perkara yang di sukai dan diredai Allah semata dari
jenis perkataan atau perbuatan, batin atau lahir.
b. Selanjutnya beliau menyatakan: Maka
solat, zakat, puasa, haji, berkata benar, menunaikan amanah, berbakti kepada
ibu-bapa, menghubungkan sillaturrahim, menepati janji, menyuruh kepada
kebaikan, mencegah daripada kejahatan, berperang menentang orang kafir dan
munafik, bersikap ihsan kepada jiran, anak yatim, orang miskin, orang yang
kekurangan bekalan dalam perjalanan, hamba sahaya dan ihsan kepada binatang
peliharaan, berdoa, berzikir, membaca Al Quran, semuanya itu termasuk
sebahagian daripada ibadat. Demikian pula cinta akan Allah dan cinta akan
Rasul Nya, takut kepada Allah, merujukkan sesuatu kepada Nya, memurnikan
ketaatan kepada Nya, bersabar menerima hukum Nya, bersyukur atas segala
kurniaan Nya, reda dengan qada’ dan qadar Nya, bertawakal kepada Nya, mengharap
rahmat Nya dan takut kepada azab siksa Nya dan amalan-amalan lainnya semuanya
itu termasuk 'Al Ibadah'.
c.
Menurut Doktor Ibrahim Al
Buraikan, Ibadah ialah: Nama yang mencakupi segala sesuatu yang diredai
Allah dan dicintai Nya, baik berupa perkataan maupun perbuatan yang zahir maupun
yang batin, dengan penuh rasa cinta, kepasrahan (menyerah) dan ketundukan
(taat) yang sempurna, serta membebaskan diri daripada segala hal yang
bertentangan dan menyalahinya.
d. Dari keterangan diatas kita dapat membuat
kesimpulan bahawa makna Ibadah menurut istilah ialah: Seluruh kegiatan lahir
dan batin dalam pengamalan aqidah, syariah dan akhlak yang diikuti dengan rasa
cinta kepada Allah swt. (Al An'am 6:162-163)
pembahagian
ibadah
- Ibadah Itiqodiyah (keyakinan/ kepercayaan)
a.
Berkeyakinan bahawa tidak ada
Ilah kecuali Allah dan Muhammad adalah Rasulullah. (Muhammad 47:19)
b.
Cinta kepada Allah (Al
Baqarah 2:165)
c.
Takut kepada Allah serta
mengaharapkan rahmatnya. (Al Maarij 70:27-28)
d.
Inabah (kembali) kepada Allah
(Az Zumar 39:54 )
e.
Tawakal dan meminta
pertolongan kepada Allah (Al Fatihah 1:5; At Taghabun 64:13 )
- Ibadah Qouliyah (lisan)
a.
Mengucapkan Syahadat
Aku diperintah untuk memerangi manusia sampai dia
bersaksi tidak ada Tuhan selain Allah dan bahwa Muhammad itu Rasulullah dan
mendirikan solat dan menunaikan zakat. Barang siapa yang berbuat demikian
terpelihara dariku darah mereka kecuali dengan hak Islam dan perhitungannya
disisi Allah. (Muttafaq
alaih)
b.
Zikir kepada Allah tasbih dan
istighfar. (Al Ahzab 33:41-42)
c.
Bersumpah dengan nama Allah.
Barang siapa bersumpah hendaknya bersumpah dengan
nama Allah atau hendaknya diam. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
d.
Berdoa dan minta pertolongan
kepada Allah. (Ghafir 40:60)
Telah Bersabda Rasulullah (saw): Doa itu otak
Ibadah. (Hadis Riwayat Tirmidzi)
e.
Dakwah kepada Allah dan Amar
makruf Nahi Mungkar (Fussilat 41:33; Ali Imran 3:104)
- Ibadah Amaliyah
a.
Mendirikan Solat (Al
Bayyinah 98:5)
b.
Menunaikan Zakat (Al
Baqarah 2:110)
c.
Puasa Ramadhan (Al Baqarah
2:183)
d.
Haji ke Baitullah bagi yang
mampu (Ali Imran 3:97)
e.
Berhukum dengan hukum Allah (Yusuf 12:40)
f.
Berjihad di jalan Allah (Al
Baqarah 2:216; Ali Imran 13:142)
g.
Bernazar untuk Allah (Al
Insan 76:7)
h.
Tawaf di Baitullah (Al
Hajj 22:29)
- Selain itu Ibadah
juga terbahagi kepada Ibadah Mahdah (khusus) dan Ibadah Ghoir Mahdah.
a.
Ibadah Mahdah ialah segala
jenis peribadatan kepada Allah yang keseluruhan tatacaranya telah ditetapkan
oleh Allah (sebagai Pembuat Syareat).
i.
Manusia tidak berhak mencipta
dan mereka bentuk ibadah jenis ini.
ii.
Ibadah jenis ini misalnya
solat, puasa, zakat, aqiqah dan qurban.
iii. Ibadah jenis ini diistilahkan oleh para
fuqaha dengan perkataan Al Ibadah atau Al Ubudiyyah.
iv. Terhadap ibadah jenis ini, para ulama
menetapkan qaidah yaitu ‘Asalnya ibadah itu haram, terlarang’ (kecuali
dengan perintah Allah dan petunjuk Muhammad saw)
v.
Dasar penetapan kaedah
tersebut di atas antara lain ialah:
Sabda Rasulullah saw: Sesiapa yang mengerjakan
sesuatu amalan yang bukan daripada kami, maka amalan itu tertolak. (Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim )
Tiada aku tinggalkan sesuatu yang mendekatkan
dirimu kepada Allah, melainkan aku telah suruh kalian mengerjakannya. Dan tiada
aku tinggalkan sesuatu yang menjauhkan kamu daripada Allah, melainkan aku telah
mencegah kamu mengerjakannya. (Hadis Riwayat Tabrani)
vi. Segala sesuatu yang di tolak dan
bertentangan dengan sunnah dalam ibadah dinamakan bid'ah.
§
Difinisi bid'ah menurut
bahasa ialah Segala suatu yang diada-adakan dalam bentuk yang belum ada contohnya
sebelumnya.
§
Dan difinisi menurut syara'
ialah: Segala sesuatu yang baru didalam Dien sesudah sempurna, atau
apa-apa yang diadakan setelah kewafatan Nabi saw berupa keinginan nafsu dan
berupa amal perbuatan.
§
Islam sudah diturunkan dengan
sempurna dan tidak mungkin lagi ada pengurangan atau penambahan.
Rasulullah saw telah bersabda: Adapun kemudian
daripada itu, Sesungguhnya sebenar-benar perkataan itu ialah Kitab Allah dan
sesungguhnya semulia-mulia petunjuk itu ialah petunjuk Muhammad, dan
seburuk-buruk perkara itu yang diada-adakan, dan setiap yang diada-adakan itu
bid’ah dan setiap bid’ah itu sesat, dan setiap kesesatan itu di dalam neraka.
(Hadis Riwayat Muslim)
...dan jauhilah perkara-perkara baru yang
diada-adakan, kerana sesungguhnya semua perkara yang baru diadakan itu bid’ah,
dan semua bid’ah itu sesat. (Hadis Riwayat Ahmad)
vii. Adapun definisi Sunnah ialah:
§
Menurut ulama’ ahli hadits
ialah: Perkataan-perkataan Rasul saw, perbuatan-perbuatannya dan
taqrir-taqrirnya yang menerangkan pada apa-apa yang berpokok di dalam Al Quran
daripada hikmah-hikmah dan hukum-hukum.
§
Menurut ulama ahli usul fiqh
ialah: Perkataan Nabi Muhammad saw, perbuatannya dan taqrirnya.
§
Ada juga ulama’ ahli hadits
dan ulama’ ahli usul fiqh mentakrifkan sunnah dengan: Apa-apa yang datang
dari Nabi saw, berupa perkataan-perkataan, perbuatan-perbuatan dan taqrirnya
dan apa-apa yang beliau cita-citakan untuk mengerjakannya.
§
Juga ada ulama’ yang
memberikan takrif sunnah dengan: Jalan yang ditempuh dalam Dien kerana telah
biasa dijalani oleh Rasulullah saw dan oleh para salafussoleh sesudah
Rasulullah.
b.
Ibadah Ghoir
Mahdah yaitu segala jenis
peribadatan kepada Allah dalam pengertian yang luas seperti soal pentadbiran
negara, ekonomi, pendidikan, ketenteraan, sosial, perlembagaan dan perundangan
negara, hubungan luar, kebudayaan, sukan, undang-undang jenayah, pelancongan
dan teknologi dan sebagainya. Ibadah jenis ini diistilahkan oleh para fuqaha
dengan perkataan 'Al-Muamalah' (iaitu hubungan antara manusia dengan
manusia). Peranan syara' dalam hal ini adalah memperbaiki sesuatu yang telah
diadakan oleh manusia dan manusia dibenarkan mengada-adakan sesuatu yang
selaras dengan hukum-hukum/ peraturan/ perlembagaan/ undang-undang Allah (di
dalam Al Quran dan As Sunnah)
- Selain itu Ibadah
juga boleh dibahagikan kepada Ibadah Fardiyah (perseorangan) dan Ibadah
Jamaiyah (kewajiban secara bersama atau berjamaah).
a.
Ibadah Fardiyah: ialah amalan
ibadah yang menjadi kewajiban setiap orang, seperti solat, zakat, haji dan
sebagainya. Ibadah seperti ini dapat dilakukan di mana saja baik di dalam
negara Islam atau di negara kafir. Cuma sekiranya dilakukan di dalam negara
kafir, perlaksanaannya kurang sempurna dan banyak gangguan.
b.
Ibadah jamaiyah: ialah ibadah
yang diwajibkan ke atas seluruh umat (sebagai kewajiban bersama). Sebagai
contoh perlaksanaaan hukum hudud, hukum qisas dan sebagainya. Ibadah jamaiyah
ini hanya dapat dilaksanakan di dalam negara Islam. Jadi wujudnya negara
Islam merupakan keharusan sebagai satu sarana untuk melaksanakan
hukum-hukum/ peraturan/ perlembagaan/ undang-undang Allah. (Al Maidah 5:38;
An nur 24:2)
kedudukan
ibadah di dalam islam
- Merupakan tujuan pokok Allah menciptakan jin dan manusia (Az Zariyat 51:56)
- Merupakan hak Allah atas hambaNya
Dari Muaz bin jabbal r.a berkata: Pada suatu
hari aku membonceng di belakang Nabi saw di atas seekor keledai. Maka beliau
bersabda: Wahai Muaz! tahukah anda apakah hak Allah atas hamba Nya dan apa pula
hak hamba Nya atas Allah? Saya menjawab: Allah dan Rasul Nya yang lebih tahu.
Maka beliau bersabda: Sesungguhnya hak Allah atas hamba Nya ialah mereka harus
beribadah kepada Nya dan mereka tidak menyekutukan sesuatu apa pun dengan Nya,
dan hak hamba atas Allah adalah Allah tidak akan meyiksa sesiapa hamba Nya yang
tidak menyekutukan Nya dengan sesuatu. Maka saya berkata lagi: Ya Rasulullah!
Apakah tidak lebih baik saya sampaikan berita gembira ini kepada manusia?
Beliau bersabda: Jangan sampaikan berita ini kepada mereka kerana akan menyebabkan
mereka berharap tanpa beramal. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
- Merupakan kewajiban manusia yang paling pokok dalam hidup. (Al Isra 17:23)
- Merupakan seruan pokok para Rasul. (An Nahl 16:36; Al Anbiya 21:25)
syarat
pengamalan ibadah
Ibadah hanya diamalkan dengan sempurna apabila memenuhi syarat-syarat berikut:
- Diamalkan dengan ikhlas semata-mata untuk mencari reda Allah (Al Bayyinah 98:5)
- Diamalkan dengan
benar mengikut arahan sunnah Nabi saw. Apabila ibadah diamalkan tidak
mengikut sunnah Nabi saw, maka ibadah itu tertolak
Sabda Rasulullah saw: Sesiapa
yang mengerjakan sesuatu amalan yang bukan daripada kami, maka amalan itu
tertolak. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar